Friday, June 13, 2008

PAGI YANG INDAH INI

Pagi itu S.U.Z.I. tiba pada jam 10.00. Suasana pagi begitu nyaman dan tenang. Tak banyak yang dapat diceritakan sebab S.U.Z.I. tidak menyertai mereka pada malam sebelumnya. Dari raut wajah mereka yang kiut-miut tu, dapatlah S.U.Z.I. buat kesimpulan betapa menariknya aktiviti yang mereka lalui.


Meh berkenalan dengan mereka. Dari kiri ke kanan: Fairuz, Yan, Padz, Shikin, Shima, Bunny dan Wancu.







Seghonoknya si Shima, Bunny dan Wancu menjamu selera di tepi Sungai Perak. Bila tengok Shima teringat pula kat cerita pengalaman dia mengikuti "Night Walk" malam itu. Katanya: Gelap bebenor masa berjalan tu. Langsung tak nampak apa-apa. Masa sampai kat satu kawasan lereng bukit, mereka diminta diam dan duduk sebab ada sekawan babi hutan liar (mana ada babi hutan jinak ek?) melintas. Kebetulan Shima terlepas pegangan tangan member kat depan dan belakang dia dalam barisan. Bila nak mula jalan balik, udah menggagau cari tangan member.... Raba punya raba, tersauk "burung" orang... Mak eh... Ngerinya.... Bila dah sampai ke destinasi, dia tanya kat member-member yang ber"burung"... Sorang pun tak ngaku "burung" siapa yang Shima dah tercekup... He he he,,,


Lihatlah muka-muka macho....
Hmmm.. "Burung" salah sorang dari mereka ler kot???
Baju merah hati tu Mawi dan yang baju putih tu Amer...


Tak cam ler pulak muka-muka kat atas tu.
Yang tengah tu Fairuz...
Dua dari kanan tu Yan
dan yang kanan sekali ialah Syerry.
Imbas kembali pada hari bertolak, meriah betul masing-masing bersama beg pakaian menaiki bas. Macam nak pergi naik haji pun ada....





Tu, mamat baju putih bergaya ala Shah Rukh Khan tu, si Shah... Ada ler sikit2 nama "Shah" sama macam mamat Bolly tu.












Meh sini S.U.Z.I. close-up muka Shah Rukh Khan celup kita... tu yang berbaju putih tu... Berbaju oren tu si Aizam. Kiri sekali tu Mior Castello... Kat belakang mereka tu semestinya Bas Kilang... Ada ker Adibah Noor...????






















Amboi.... ada gaya macam rekrut US Army gitu.... Siap ler korang nanti....




















Abang Jamel Botol dengan beg purple...
Hish... bukan kaki botol ler....
Pakar botol .
















"Cepat jalan! Kiri! Kanan! Kiri! Kanan!"



















Pesreta khusyuk meng"amin"kan doa yang dibaca oleh Pak Latip (berbaju pink).


















Yeah! Ini dia tauke nya!!!!
Dijamin "beres"!!!!!

Apa Sebenarnya...

Relaks aarr..

Jangan ler cemas weh.... Saja jer S.U.Z.I. buat gimik sikit....


Sebenornya, syarikat telah mengadakan "team building" kat Kem Rekreasi Intan Suraya (KRIS) di Sungai Siput... Malam tu S.U.Z.I. cabut balik umah sebab takut terserempak dengan ... isyyy maleih ah nak mention kat sini... Jangan Pandang Belakang gitu...
Tapi S.U.Z.I. ada pasang kaki untuk dapatkan info apa yang berlangsung...


Ini adalah group pertama yang terdiri dari kakitangan bukan eksekutif. Berjumlah 30 orang kesemuanya..
Padam malam hari pertama itu, mereka menghadiri taklimat sebelum mengikuti acara "Night Walk".








Bila diminta melukis gambar Kuda Terbang.... Macam-macam rupa yang diperolehi..
















Kursus motivasi dan gerak kerja berkumpulan turut diberikan.




Sementara menunggu untuk acara "Night Walk" pada malam itu, para peserta bersantai.
Kem Intan Suraya sememangnya begitu tenang di waktu malam. Hidangan makan malam yang disediakan juga khabarnya begitu enak dan istimewa.






Chalet bentuk "A" disediakan siap dengan TV lagi. Bagaimanapun, agenda program yang begitu padat dan menarik membuatkan para peserta langsung tak pandang kat TV. Dalam gambar kat atas tu kelihatan (dari kiri ke kanan) "Wak", Sam, Azeli dan Mat Khir. Amboi relaksnya mereka..



Chalet yang selesa dan bersih. Best kan?

Dari kiri ke kanan: "Lebai", Aizam, Megat, Azaha, Syahriman dan Nawawi.

Mereka relaks-relaks sambil menunggu acara "Night Walk" yang mengerikan pada malam itu...

Eeee... Memang ngeri...
















Ini pula penghuni chalet yang lain. Dari kiri ke kanan: Faizal, Fauzi, Ghani, Nasa dan Jamel. Pakcik2 kita ni, larat ke nak pi "Night Walk". Pontianak suka muka-muka miang macam ni..
He he...

















Mior, sudah ready untuk membuat liputan?

"Night Walk" pada malam itu khabarnya betul-betul mencabar, ngeri dan seram.... Malangnya seorang pun tak berani membawa kamera untuk merakamkan gambar. S.U.Z.I. tidak menyertai "Night Walk" pada malam itu, so tak dapat ler nak cerita kat sini.... Tapi pada "Night Walk" malam berikutnya S.U.Z.I. ada turut serta.... Tunggu....

Thursday, May 8, 2008

Lembaran Cinta Pudar Part 2

MENJEJAK LOKASI BERMISTERI
.... dan daripada pintu bas itu, seorang demi seorang pekerja kita keluar....
Masing-masing siap dengan beg pakaian. Besar-besar pula tu. Eh, dema ni nak ke mana? Soalan demi soalan menerpa di fikiran S.U.Z.I. Adakah mereka menyertai kumpulan haram???




Ramai juga tau. Bapa-bapa, ibu-ibu, teruna-teruna dan dara-dara... Semuanya tampak ceria. Sempat melambai-lambai ke lensa kamera S.U.Z.I. Isy... Tak boleh jadi ni... Kalau dema tahu S.U.Z.I. mengintip, mampos ler S.U.Z.I. disiang dan dipanggang...










Mana nak tahu kan... Orang-orang yang ikut kumpulan ajaran sesat ni selalunya memang peramah.... Mana tahu tetiba depa melambai ajak S.U.Z.I. join sama?










Amboi, siap naik Hilux menuju ke kawasan yang lebih ke pedalaman... Nak pergi mencuri balak apa?















S.U.Z.I. makin teruja...
Perasaan ingin tahu makin menjadi-jadi...






























Lantas S.U.Z.I. ke kereta... Hidupkan enjin dan terus mengekor dari belakang. Kamera langsung tidak terlepas dari tangan.

Teringat kepada Kumpulan Al-Mauna di Lenggong dulu... Kecuh hingga sampai ke seluruh dunia... Jangan S.U.Z.I. kena gantung kaki ke atas dan dibelasah dengan doghoyan udah ler...












Alamak! Mereka telah nampak S.U.Z.I.
Mak Aji seorang tu siap berposing untuk S.U.Z.I. Dengan air jampi di tangan???





















S.U.Z.I. duduk diam dalam kereta, cuba menggunakan zoom untuk ambil gambar...

Perempuan berbaju merah tu kot kepalanya...









Tu dia.. mereka melamparkan pandanga yang tajam ke arah S.U.Z.I. Menakutkan juga...










Hati S.U.Z.I. menjadi bertambah cemas bila mereka datang menghampiri S.U.Z.I. Walaupun dengan senyuman manis, S.U.Z.I. rasa macam senyuman mereka penuh dengan makna-makna yang menakutkan... Mana tahu mereka sudah dirasuk???
Tanpa berlengah, S.U.Z.I. beredar meninggalkan mereka yang terpinga-pinga melihat gelagat S.U.Z.I. Hujan mula reda, tapi hari semakin gelap. Bukan S.U.Z.I. takut kat mereka tapi S.U.Z.I. takut tak jumpa jalan balik.....
Tak sanggup rasanya bertembung dengan Pak Belang di tengah jalan.
Haru nanti kalau kena jadi Waris Jari Hantu...

- BERSAMBUNG -

Lembaran Cinta Pudar Part 1

LALUAN BERLIKU YANG KELAM


Hah? Sebuah bas bermisteri dilaporkan telah mengangkut 30 orang pekerja kita? S.U.Z.I. tanpa berlengah menyiapkan kerja-kerja rutin petang itu, mencapai kamera dan keperluan lain lantas bergegas mengekori... Di fikiran ini tertanya-tanya ke manakah mereka akan dibawa? Menarik sekali untuk diselongkar kisah benar ini.
















Adui... letih juga... Sambil mengawal steering, kena mengambil foto. Jalan pula berliku-liku lagi sempit dan berbukit-bukit.

Di pertengahan jalan, cuaca tiba-tiba mendung.... Langit begitu gelap dan suasana mula menjadi seram. Sesekali petir memanah di sana-sini. Guruh berdentum mengecutkan isi perut. Namun, S.U.Z.I. tidak akan berpatah balik.
Perasaan ingin tahu terus membuak-buak. Ke manakah destinasi bas bermisteri ini?







Perjalanan terasa amat jauh dan melemaskan. Cuaca petang itu silih berganti, sekejap cerah, sekejap mendung dan sekejap hujan...

Bas tersebut meluncur agak laju menyukarkan S.U.Z.I. untuk mengekorinya. Tambahan pula tangan S.U.Z.I. sarat dengan kamera. Ia menuju ke arah utara, melewati pekan-pekan kecil, semakin lama semakin menuju ke kawasan yang jauh dari kesibukan kota.















Sesekali sesal juga kerana gatal menyibuk.... Tapi kalau tidak pergi, lagi ler sesal nanti. Ini ada cerita best untuk dibuat liputan..
















Beberapa kali nyaris juga S.U.Z.I. terkandas. Ada kalanya pula nyaris berlaga dengan lori-lori. Petang semakin melewat. Sekitaran makin gelap... Jalan-jalan makin mengecil dan berubah kepada lorong-lorong kecil yang lengang. Mahu tidak mahu, S.U.Z.I. teruskan juga. Di dalam hati berdebar-debar. Rasa ingin tahu makin membara.





Akhirnya bas tersebut berhenti di sebuah jalan mati. Kawasan di situ begitu sunyi sekali. Cuaca petang itu betul-betul membuatkan S.U.Z.I. rasa seram, dengan deruan anginnya yang dingin... menaikkan bulu roma.

Berhati-hati, S.U.Z.I. meletakkan kereta di satu kawasan yang agak tersorok. Melaraskan lensa kamera untuk mencuri mengambil foto tanpa disedari mereka.Kenapakah mereka dibawa ke situ?
- BERSAMBUNG -

Tuesday, May 6, 2008

S.U.Z.I. SoulCapture Beraksi...

Hi semua!!!

Macam Datin gak, S.U.Z.I. memang tak pandai blog-menggo-blok ni. Ni pun sebab Datin yang jemput. Katanya, kesian bebudak... Bukan apa, kalau dah buka blog ni, nak tak nak depa kena belajaq jugak cara guna komputer dan cara akses ke blog... Pintaq gak Datin kita ni... Ni kira sebahagian dari proses pembelajaran gak kan?
S.U.Z.I pun ada banyak gak aktiviti yang nak dikongsikan. So, apa tunggu lagi.. Jom!
Search!
Uncover!
Zoom!
Illustrates!
Woit!!! Sabor ler... Aku tampor kang..
Tahu ler slow sikit progress blog ni...
Oklah... Klik SINI