Thursday, May 8, 2008

Lembaran Cinta Pudar Part 2

MENJEJAK LOKASI BERMISTERI
.... dan daripada pintu bas itu, seorang demi seorang pekerja kita keluar....
Masing-masing siap dengan beg pakaian. Besar-besar pula tu. Eh, dema ni nak ke mana? Soalan demi soalan menerpa di fikiran S.U.Z.I. Adakah mereka menyertai kumpulan haram???




Ramai juga tau. Bapa-bapa, ibu-ibu, teruna-teruna dan dara-dara... Semuanya tampak ceria. Sempat melambai-lambai ke lensa kamera S.U.Z.I. Isy... Tak boleh jadi ni... Kalau dema tahu S.U.Z.I. mengintip, mampos ler S.U.Z.I. disiang dan dipanggang...










Mana nak tahu kan... Orang-orang yang ikut kumpulan ajaran sesat ni selalunya memang peramah.... Mana tahu tetiba depa melambai ajak S.U.Z.I. join sama?










Amboi, siap naik Hilux menuju ke kawasan yang lebih ke pedalaman... Nak pergi mencuri balak apa?















S.U.Z.I. makin teruja...
Perasaan ingin tahu makin menjadi-jadi...






























Lantas S.U.Z.I. ke kereta... Hidupkan enjin dan terus mengekor dari belakang. Kamera langsung tidak terlepas dari tangan.

Teringat kepada Kumpulan Al-Mauna di Lenggong dulu... Kecuh hingga sampai ke seluruh dunia... Jangan S.U.Z.I. kena gantung kaki ke atas dan dibelasah dengan doghoyan udah ler...












Alamak! Mereka telah nampak S.U.Z.I.
Mak Aji seorang tu siap berposing untuk S.U.Z.I. Dengan air jampi di tangan???





















S.U.Z.I. duduk diam dalam kereta, cuba menggunakan zoom untuk ambil gambar...

Perempuan berbaju merah tu kot kepalanya...









Tu dia.. mereka melamparkan pandanga yang tajam ke arah S.U.Z.I. Menakutkan juga...










Hati S.U.Z.I. menjadi bertambah cemas bila mereka datang menghampiri S.U.Z.I. Walaupun dengan senyuman manis, S.U.Z.I. rasa macam senyuman mereka penuh dengan makna-makna yang menakutkan... Mana tahu mereka sudah dirasuk???
Tanpa berlengah, S.U.Z.I. beredar meninggalkan mereka yang terpinga-pinga melihat gelagat S.U.Z.I. Hujan mula reda, tapi hari semakin gelap. Bukan S.U.Z.I. takut kat mereka tapi S.U.Z.I. takut tak jumpa jalan balik.....
Tak sanggup rasanya bertembung dengan Pak Belang di tengah jalan.
Haru nanti kalau kena jadi Waris Jari Hantu...

- BERSAMBUNG -

Lembaran Cinta Pudar Part 1

LALUAN BERLIKU YANG KELAM


Hah? Sebuah bas bermisteri dilaporkan telah mengangkut 30 orang pekerja kita? S.U.Z.I. tanpa berlengah menyiapkan kerja-kerja rutin petang itu, mencapai kamera dan keperluan lain lantas bergegas mengekori... Di fikiran ini tertanya-tanya ke manakah mereka akan dibawa? Menarik sekali untuk diselongkar kisah benar ini.
















Adui... letih juga... Sambil mengawal steering, kena mengambil foto. Jalan pula berliku-liku lagi sempit dan berbukit-bukit.

Di pertengahan jalan, cuaca tiba-tiba mendung.... Langit begitu gelap dan suasana mula menjadi seram. Sesekali petir memanah di sana-sini. Guruh berdentum mengecutkan isi perut. Namun, S.U.Z.I. tidak akan berpatah balik.
Perasaan ingin tahu terus membuak-buak. Ke manakah destinasi bas bermisteri ini?







Perjalanan terasa amat jauh dan melemaskan. Cuaca petang itu silih berganti, sekejap cerah, sekejap mendung dan sekejap hujan...

Bas tersebut meluncur agak laju menyukarkan S.U.Z.I. untuk mengekorinya. Tambahan pula tangan S.U.Z.I. sarat dengan kamera. Ia menuju ke arah utara, melewati pekan-pekan kecil, semakin lama semakin menuju ke kawasan yang jauh dari kesibukan kota.















Sesekali sesal juga kerana gatal menyibuk.... Tapi kalau tidak pergi, lagi ler sesal nanti. Ini ada cerita best untuk dibuat liputan..
















Beberapa kali nyaris juga S.U.Z.I. terkandas. Ada kalanya pula nyaris berlaga dengan lori-lori. Petang semakin melewat. Sekitaran makin gelap... Jalan-jalan makin mengecil dan berubah kepada lorong-lorong kecil yang lengang. Mahu tidak mahu, S.U.Z.I. teruskan juga. Di dalam hati berdebar-debar. Rasa ingin tahu makin membara.





Akhirnya bas tersebut berhenti di sebuah jalan mati. Kawasan di situ begitu sunyi sekali. Cuaca petang itu betul-betul membuatkan S.U.Z.I. rasa seram, dengan deruan anginnya yang dingin... menaikkan bulu roma.

Berhati-hati, S.U.Z.I. meletakkan kereta di satu kawasan yang agak tersorok. Melaraskan lensa kamera untuk mencuri mengambil foto tanpa disedari mereka.Kenapakah mereka dibawa ke situ?
- BERSAMBUNG -

Tuesday, May 6, 2008

S.U.Z.I. SoulCapture Beraksi...

Hi semua!!!

Macam Datin gak, S.U.Z.I. memang tak pandai blog-menggo-blok ni. Ni pun sebab Datin yang jemput. Katanya, kesian bebudak... Bukan apa, kalau dah buka blog ni, nak tak nak depa kena belajaq jugak cara guna komputer dan cara akses ke blog... Pintaq gak Datin kita ni... Ni kira sebahagian dari proses pembelajaran gak kan?
S.U.Z.I pun ada banyak gak aktiviti yang nak dikongsikan. So, apa tunggu lagi.. Jom!
Search!
Uncover!
Zoom!
Illustrates!
Woit!!! Sabor ler... Aku tampor kang..
Tahu ler slow sikit progress blog ni...
Oklah... Klik SINI