Hah? Sebuah bas bermisteri dilaporkan telah mengangkut 30 orang pekerja kita? S.U.Z.I. tanpa berlengah menyiapkan kerja-kerja rutin petang itu, mencapai kamera dan keperluan lain lantas bergegas mengekori... Di fikiran ini tertanya-tanya ke manakah mereka akan dibawa? Menarik sekali untuk diselongkar kisah benar ini.
Adui... letih juga... Sambil mengawal steering, kena mengambil foto. Jalan pula berliku-liku lagi sempit dan berbukit-bukit.
Di pertengahan jalan, cuaca tiba-tiba mendung.... Langit begitu gelap dan suasana mula menjadi seram. Sesekali petir memanah di sana-sini. Guruh berdentum mengecutkan isi perut. Namun, S.U.Z.I. tidak akan berpatah balik.
Perjalanan terasa amat jauh dan melemaskan. Cuaca petang itu silih berganti, sekejap cerah, sekejap mendung dan sekejap hujan...
Bas tersebut meluncur agak laju menyukarkan S.U.Z.I. untuk mengekorinya. Tambahan pula tangan S.U.Z.I. sarat dengan kamera. Ia menuju ke arah utara, melewati pekan-pekan kecil, semakin lama semakin menuju ke kawasan yang jauh dari kesibukan kota.


Sesekali sesal juga kerana gatal menyibuk.... Tapi kalau tidak pergi, lagi ler sesal nanti. Ini ada cerita best untuk dibuat liputan..

Beberapa kali nyaris juga S.U.Z.I. terkandas. Ada kalanya pula nyaris berlaga dengan lori-lori. Petang semakin melewat. Sekitaran makin gelap... Jalan-jalan makin mengecil dan berubah kepada lorong-lorong kecil yang lengang. Mahu tidak mahu, S.U.Z.I. teruskan juga. Di dalam hati berdebar-debar. Rasa ingin tahu makin membara.

Akhirnya bas tersebut berhenti di sebuah jalan mati. Kawasan di situ begitu sunyi sekali. Cuaca petang itu betul-betul membuatkan S.U.Z.I. rasa seram, dengan deruan anginnya yang dingin... menaikkan bulu roma.
No comments:
Post a Comment